Imam al-Muzani (wafat 264H) rahimahullah adalah salah seorang MURID kepada Imam Syafie rahimahullah.
Beliau adalah seorang yang sangat ZUHUD, mujtahid dan mempunyai kekuatan berhujah.
Imam asy-Syafie rahimahullah pernah mengatakan bahawa Imam al-Muzani
adalah PEMBANTU MAZHABNYA. Beliau merupakan antara sebab tersebarnya
mazhab Imam Asy-Syafie.
Imam Al-Muzani pernah bersyair:
الضرب بالطارات في ليلة
والرقص والتصفيق فعل السفيه
هذا ابتداع وضلال الورى
وليس في التنزيل ما يقتضيه
ولا حديث عن نبي الهدى
ولا صحابي ولا تابعيه
بل جاهل يلعب في دينه
قد ضيع العمر يلهو وتيه
MEMUKUL REBANA pada waktu malam, Dan MENARI dan BERTEPUK TANGAN adalah perbuatan orang yang BODOH;
Ini merupakan REKAAN BARU dan KESESATAN makhluk,
Tiada di dalam Al-Qur'an yang menunjukkan kepadanya
Begitu juga, tiada hadis daripada Nabi yang membawa petunjuk (shallallahu alaihi wa sallam),
Tiada juga nukilan daripada sahabat dan tabiin;
Tetapi daripada ORANG JAHIL yang BERMAIN-MAIN dengan agamanya,
Yang MENSIA-SIAKAN umurnya dengan hiburan yang menyesatkan.
[Al-Madkhal oleh Ibn al-Haaj 3/98]
Semoga Allah selamatkan kita daripada menjadi orang yang disifatkan oleh Imam al-Muzani rahimahullah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar