Seseorang yang menjalinkan
persahabatan hendaklah saling mengutamakan kepentingan sahabatnya dengan
harta, tenaga, kepandaian dan sebagainya disamping memenuhi keperluan
masing-masing tanpa dipinta.
Teguh menyimpan rahsia dan keaiban sahabatnya samada di hadapan atau di belakangnya.Sentiasa
menjaga percakapan masing-masing dengan kata-kata yang menggembirakan
dan sentiasa hormat menghormati di antara satu sama lain.
Memanggil nama sahabatnya dengan nama yang disukai oleh sahabatnya.
Bersedia
untuk memaafkan kelemahan dan kesalahan dengan cara yang disenangi.
Seperti tidak memarahinya tetapi sebaliknya memberikan nasihat dan
teguran yang baik.
Mendoakan sahabatnya agar sentiasa di dalam petunjuk dan mampu menunaikan amanah semasa hidup atau matinya.
Berusaha meringankan beban keluarganya semasa adanya atau setelah ketiadaanya.
Tidak
memberatkan sahabatnya dengan bebanan yang menyulitkan serta bersedia
untuk sama-sama menghadapi kegembiraan atau kesedihan dan sentiasa
berbuat baik kepadanya.
Tidak memotong percakapannya ketika dia sedang bercakap dan mendengar sehingga selesai percakapannya.
Sentiasa mendahuluinya memberi salam dan memberi penghormatan padanya apabila dia meninggalkan majlis.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar